Syukur

Saturday, January 10, 2009

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala yang telah menjadikan langit dan bumi serta menjadikan sekalian makhluk-Nya. Dan telah menganugerahkan hamba-hamba-Nya nikmat yang paling besar ya'ni nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W khotamul anbiya', keluarga baginda, para sahabat, para tabi'in, dan tabi' tabi'in dan umat Islam seluruhnya.

Syukur ke hadrat Mu Ilahi, yang telah memberi peluang untuk saya menghasilkan blog yang tak seberapa ini berkenaan ilmu seni tarannum Al quran. InsyaAllah, dalam blog ini saya ingin berkongsi sedikit berkenaan ilmu tarannum ini untuk disebarkan kepada seluruh umat Islam yang mencintai ilmu seni ini.

Semoga dengan kehadiran blog ini akan menjadi satu wadah dalam menyebarkan ilmu seni ini kepada orang ramai. Segala cadangan, teguran yang membina amatlah saya alu-alukan. Saya juga berharap semoga segala usaha-usaha ini mendapat rahmat dan redho-Nya dalam meniti hari mendatang.

Amiin, Ya Mujiibu As-Saailiin...

Labels:

0 comments: