Pengenalan Diri

Saturday, January 10, 2009

Bismillah...

Lahir dari keluarga sederhana, mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Bt 48 Dungun. Kemudian menyambung pengajian di Sek Menengah Agama Durian Guling Marang Terengganu. Dan selepas itu menyambung pengajian di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun. Kemudian selepas itu menukar haluan dengan izin Allah, meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu (MTANT) sekarang dikenali sebagai IQT. Disana, saya menamatkan pengajian saya dalam Diploma Tahfiz Wal Qiraat di bawah kelolaan JAKIM.

Dan ahirnya, masa yang ditunggu telah tiba. Berkat doa mak dan ayah beserta kehendak-Nya juga, saya melanjut pengajian ke bumi anbiya' pada peringkat ijazah pertama dalam bidang Takhassus Al Quran dan Qiraat bertempat di Maahad Qiraat Al Azhar, Shoubra, Kaherah, Mesir pada tahun 2006.

Dan sekarang saya berada di tahun ketiga iaitu tahun terakhir. Moga-moga dengan segala berkat Al-Quran yang dibaca, saya lulus peperiksaan akhir pada Jun 2009 ini. Doakan saya agar dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat... insyaAllah..

Labels:

2 comments:

jeffri said...

Alhamdulillah.saya amat mngkagumi dan amat berminat dan mnyukai bacaan taranum tuan

jeffri said...

Alhamdulillah..hampir samua youtube ustaz,saya sudah download..mantap.kiranya ustaz babasar hati mberi saya nbr hnphone ustaz..