Dr. Nu'aina Qari masyhur Mesir

Tuesday, March 3, 2009

Dr. Ahmad Nu'aina atau lebih dikenali dengan gelaran Al-Qari Al-Tobib adalah merupakan seorang qari yang terbilang di negara mesir, beliau adalah anak murid kepada Al-Marhum Syeikh Mustofa Ismail iaitu qari yang amat masyhur dan tidak asing lagi di bumi mesir serta diberi gelaran ''Al-Muqri' Al-Awwal Misr''.

Beliau merupakan seorang doktor dalam bidang perubatan, dan mempunyai sebuah klinik miliknya sendiri. Walaupun usia beliau kini hampir mencecah 60 tahun, tetapi beliau masih lagi aktif dalam bidang ilmu seni tarannum al-quran. Boleh dikatakan setiap hari beliau menerima jemputan untuk memperdengarkan ayat-ayat suci al-quran di majlis-majlis rasmi ataupun haflah-haflah. Beliau juga turut dijemput untuk membacakan al-quran di kebanyakan negara arab seperti Iran, Lubnan, Syiria, dan termasuk negara Eropah, Amerika, serta negara asia termasuk Malaysia dan Indonesia.

Dr. Ahmad Nu'aina amat terkenal seorang yang mempunyai suara yang merdu dan nafas yang panjang serta pakar dalam ilmu seni ini.Beliau bukan sahaja dapat mempersembahkan bacaan yang baik malah mampu memukau pendengar sama ada dikalangan orang arab mahupun bukan arab.


0 comments: