Persembahan di majlis anjuran Indonesia

Monday, March 2, 2009

Alhamdulillah, baru-baru ini, saya diberi kesempatan untuk memperdengarkan bacaan pada satu majlis atau haflah yang telah diadakan oleh Persatuan Qari-Qari Indonesia di Hayyu Asyir, Mesir. Majlis itu diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah silaturrahmi antara qari-qariah Indonesia dan qari-qari dari negara lain. Mereka menjemput wakil dari setiap negara untuk mempersembahkan bacaan pada majlis tersebut.

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Thailand, Filipina dan Bangladesh. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya diberi peluang mewakili negara kita-Malaysia untuk mempersembahkan bacaan pada majlis itu. Majlis itu turut dihadiri Puan Maria Ulfa iaitu bekas johan Tilawah Antarabangsa sekitar tahun 2000. Beliau dijemput khas dari Indonesia. Dan sepatutnya majlis itu juga dihadiri qari masyhur mesir Syeikh Hajjaj Ramadhan Hindawi, tetapi beliau tidak dapat hadir kerana kurang sihat. Semoga majlis in diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah S.W.T. Amiin..




0 comments: